Sejarah Tempur Renault FT-17

Tentera Amerika Syarikat mengendalikan kereta kebal Renault FT-17

Kereta kebal ini digunakan secara meluas oleh Perancis dan Amerika (yang, sebagaimana dikatakan diberi pinjam 514) pada tahap kemudian Perang Dunia I, selepas 31 May 1918. Kereta kebal ini mudah dan sesuai pengeluaran besar-besaran. Malah, pengeluaran ini menjadi senjata itu sendiri: matlamat ditetapkan bagi 12,260 untuk dihasilkan (4,440 darinya di Amerika Syarikat) sebelum akhir 1919. Jangkaan ini merupakan salah satu faktor yang mendorong Pemerintah Tertinggi Jerman untuk memutuskan serangan besar-besaran sepenuhnya semasa musim bunga 1918, yang melemahkan pasukan tentera mereka menyebabkan ia ranap pada musim panas.

Selepas perang, FT-17 dieksport kepada banyak negara (Poland, Estonia, Lithuania, Romania, Yugoslavia, Czechoslovakia, Switzerland, Belgium, Belanda, Sepanyol, Brazil, Turki, Iran, Finland dan Jepun). Hasilnya, kereta kebal FT-17 digunakan oleh kebanyakan negara yang memiliki pasukan berperisai, juga sebagai jenis kereta kebal pertama mereka, termasuk Amerika Syarikat. Ia terbabit dalam kebanyakan pertikaian kemudiannya, seperti Perang Saudara Russia, Perang Polish-Soviet, Perang Saudara China dan Parang Saudara Sepanyol. Kereta kebal FT-17 turut digunakan dalam Perang Dunia II, antara lain di Poland, Finland dan Perancis, sunggupun ia lapuk sepenuhnya ketika itu. Pada 1940 tentera Perancis masih memiliki 8 battalion dilengkapi dengan 63 FT-17 setiap satu dan tiga kompeni bebas dengan sepuluh setiap satu, bagi kekuatan organik keseluruhan 534, kesemuanya dengan mesingan.

Banyak unit lebih kecil, dibentuk selepas penjajahan, turut menggunakan kereta kebal. Ini telah memberi mitos popular bahawa Perancis tidak memiliki senjata moden lansung; sebenarnya mereka memiliki lebih banyak kereta kebal moden berbanding jerman; Perancis menderita kelemahan taktikal dan strategik dan bukannya kekurangan peralatan. Apabila Jerman mara ke Terusan (The Channel) mereka mengasingkan unit terbaik Perancis, oleh itu sebagai langkah penyelamat (expediency) keseluruhan senjata simpanan Perancis dihantar kegaris hadapan; ini termasuk 575 FT-17. Sebelum itu 115 seksion FT-17 telah membentuk pertahanan pengkalan udara. Wehrmacht menaawan 1,704 FT-17. Seratus lagi digunakan sebagi pertahanan lapangan terbang, sekitar 650 bagi meronda Europah yang ditakluk.

Kereta kebal FT-17 Polish semasa Pertempuran Dyneburg

Tentera Merah (Red Army) Soviet menawan empat belas Renault rosak dari pasukan Putih, dan menghasilkannya di Kilang Krasnoye Sormovo pada 1920. Pihak Soviet mendakwa bahawa telah membina kereta kebal Russkiy Reno ini, tetapi mereka sebenarnya hanya menghasilkan satu salinan tepat, dinamakan 'Pejuang Kebebasan Stalin' (Zaloga & Grandsen 1984:35). Apabila Stalin memulakan perlumbaan senjata Tiga puluhan, kereta kebal rekaan Soviet sepenuhnya adalah T-18, salinan Renault dengan apungan spring.